Sunday, November 26, 2006

400000 hari berpantang



Syurga saya sedang tidur. Puteri saya juga tidur. Lepas pam susu, saya tak dapat tidur. Macam-macam yang saya fikirkan. Campur bunyi anjing menangis. Skeri. Orang kata kalau bunyi anjing menangis, dia nampak 'mende'. Eii, tak mo ingat.

Saya rasa memang susah jadi orang berpantang ni. Dah 16 hari saya berpantang.

Saya tak boleh keluar bilik saya, inikan keluar rumah. Dah 16 hari hidup saya hanya dibilik ini. nasib ada internet.

Saya bangun pagi-pagi, mandi & kene basah rambut dengan air sejuk sangat.

Saya makan 6 bijik jamu sehari.


Saya bertungku. 2 kali. Pagi dan malam. Rupa tungku saya -->

Mama balut perut saya dengan barut. Sebelum barut, mama sapu dulu kapur + limau nipis. Biar perut kempis.

Saya makan tengah hari dan malam mesti ada lada hitam. biar badan panas.

Saya kene pakai kain batik, yang selalu saja terlucut.

Saya kene pakai stokin. Saya tak suka stokin.

Saya kene pakai bedak hangat & minyak angin satu badan.


Begitu juga la esok dan esok dan esok sampai 40 hari. Memang susah

Tapi...

saya tak kisah semua tu, biarla mama barut saya satu badan sekali pun, mama buat semua tu, untuk cantikkan saya juga.

saya tak kisah semua tu, biarla saya berpantang 400 ke 4000 ke 4000000000 hari sekali pun, asal saya tak yah gi keje. >:(

saya tak kisah semua tu, biarla saya berpantang seumur hidup sekali pun, asal saya dapat tengok indah selalu. sentiasa. Sentiasa ada bersama Indah selalu.


err.. tapi saya nak minum ice lemon tea, minum vanilla coke, makan eskrem coklat, makan double cheesebeger boleh?



Peringatan pada semua:
Sebelum pregnen, biarlah suami anda menikmati perut anda sepuas-puasnya, kerana lepas pregnen, perut anda akan berubah sama sekali. Sekian. Terima kasih.


Labels: ,


Sunday, November 12, 2006

Anugerah Terindah..




Alhamdulillah. Bersyukur sungguh aku pada Allah dengan anugerah yang begitu indah buat aku & cintahatiku. Sekarang aku dah ada dua cintahati. =)

Putri Indah Aerissa, selamat lahir 1.29pagi. 11/11/2006. 2.82kg.

Sangat terima kasih pada mama dan abah, ayah dan mak. Doa dan harapan kalian lah yang buat Lissa kuat.

Sangat berterima kasih pada cintahati yang sentiasa teman aku setiap masa. Layan segala kerenah aku. busuk aku. buruk aku. Sayang awak sangat..

dan Sangat berterima kasih buat Indah, kerana membawa cahaya baru dan kegembiraan dalam hidup kami semua sekeluarga..




mama n ayah sayang Indah.

Labels:


Tuesday, November 7, 2006

aik, ada lagi?


Now Listening : Padi - Kemana angin berhembus
Now Watching : Sinatron Hikmah 2
Now Reading : nil




Setiap kali aku online YM, maka ada saja yang msg... "aik, bile due?"

Setiap kali aku ke ofis, maka ada saja yang kata... "aik, tak cuti lagi?"

Setiap kali aku angkat call, maka ada saja yang tanya... "belum deliver lagi?"


hehehe, ramai yang prihatin rupanya, terima kasih teman-teman...

tadi, mama terlepas telur ayam. jatuh berderai di lantai. aku juga, terlepaskan telur sabtu lepas. Bibik cakap, "Di kampung bibik, kalau terpecahkan telur, udah mau beranak!"

huhu, moga, betul la kata orang kampung bibik! aku dah rindukan baby!

ohhh...kanda saya sudah balik dari kantor, perlu dilayan! =)

da...

Labels:


Friday, November 3, 2006

rita vs lisda


Now Listening : 507 - Ingin Pulang
Now Watching : School Rumble
Now Reading : Mags




artis malaysia (sesetengah).. lebih kontraversi dari kualiti.

Labels: ,