Sunday, November 26, 2006

400000 hari berpantang



Syurga saya sedang tidur. Puteri saya juga tidur. Lepas pam susu, saya tak dapat tidur. Macam-macam yang saya fikirkan. Campur bunyi anjing menangis. Skeri. Orang kata kalau bunyi anjing menangis, dia nampak 'mende'. Eii, tak mo ingat.

Saya rasa memang susah jadi orang berpantang ni. Dah 16 hari saya berpantang.

Saya tak boleh keluar bilik saya, inikan keluar rumah. Dah 16 hari hidup saya hanya dibilik ini. nasib ada internet.

Saya bangun pagi-pagi, mandi & kene basah rambut dengan air sejuk sangat.

Saya makan 6 bijik jamu sehari.


Saya bertungku. 2 kali. Pagi dan malam. Rupa tungku saya -->

Mama balut perut saya dengan barut. Sebelum barut, mama sapu dulu kapur + limau nipis. Biar perut kempis.

Saya makan tengah hari dan malam mesti ada lada hitam. biar badan panas.

Saya kene pakai kain batik, yang selalu saja terlucut.

Saya kene pakai stokin. Saya tak suka stokin.

Saya kene pakai bedak hangat & minyak angin satu badan.


Begitu juga la esok dan esok dan esok sampai 40 hari. Memang susah

Tapi...

saya tak kisah semua tu, biarla mama barut saya satu badan sekali pun, mama buat semua tu, untuk cantikkan saya juga.

saya tak kisah semua tu, biarla saya berpantang 400 ke 4000 ke 4000000000 hari sekali pun, asal saya tak yah gi keje. >:(

saya tak kisah semua tu, biarla saya berpantang seumur hidup sekali pun, asal saya dapat tengok indah selalu. sentiasa. Sentiasa ada bersama Indah selalu.


err.. tapi saya nak minum ice lemon tea, minum vanilla coke, makan eskrem coklat, makan double cheesebeger boleh?



Peringatan pada semua:
Sebelum pregnen, biarlah suami anda menikmati perut anda sepuas-puasnya, kerana lepas pregnen, perut anda akan berubah sama sekali. Sekian. Terima kasih.


Labels: ,


2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

rupa tungku itu sangat skeri!!!

27/11/06 3:04 PM

 
Anonymous Anonymous said...

tahniah dpt baby... selamat berpantang. aku pantang 44 hari pun tak kurus.... Mama Arissa

27/11/06 3:40 PM

 

Post a Comment

<< Home